Selasa, 31 Januari 2012

JODOH : 10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 SIFAT CALON SUAMI yang baik:
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Isnin, 30 Januari 2012

SANTAI : Mancis & Penambahan Misteri


MANCIS

Anda mempunyai 5 batang mancis. bagaimanakah anda dapat membentuk nombor 16 dengan menggunakannya?
( Sila Jawab di Bahagian Ulasan )




PENAMBAHAN MISTERI


99 + 9 = 9 _ _ _ _ _

Terdapat semacam ketidaksempurnaan dalam persamaan di atas. Cuba anda isikan satu perkataan (dalam bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) yang terdiri daripada lima abjad bagi menjadikan persamaan itu benar atau sah.
 
( Sila Jawab di Bahagian Ulasan )


 

Jumaat, 27 Januari 2012

AKIDAH : Kenali Agama Anda

Assalamu'alaikum...Rakan-rakan pembaca yang dikasihi, apa khabar IMAN anda hari ini? Sudahkah anda menunaikan kewajipan sebagai seorang MUSLIM? Jawablah persoalan-persoalan ini dengan seikhlasnya, tepuk dada tanya iman. Namun tahukah anda akan pengertian IMAN dan ISLAM
(Sila nyatakan kefahaman anda di dalam ruangan ulasan yang disediakan)
Mari kita lihat hadith Nabi berkaitan definisi IMAN & ISLAM :

Khamis, 26 Januari 2012

Al Muzakir The Return

Assalamu'alaikum...Setelah sekian lama menyepi, Al Muzakir (AM) kini kembali dengan usaha menyelamatkan penduduk Bumi yang sudah semakin tenat. Usaha ini akan dirawat oleh AM melalui makanan & minuman khusus yang disediakan dalam blog ini. Semoga usaha ini mendapat sokongan rakan-rakan seperjuangan. Temui esok dengan tajuk 'Kenali Agama Anda' dalam ruangan AKIDAH.